Produk dan Perkhidmatan PDF Cetak Emel

1. Perumahan

Setelah ditubuhkan, koperasi telah menceburi bidang perumahan dan berjaya melancarkan projek perumahan samada sebagai pemaju atau pun pelabur. Lebih daripada 4000 unit telah ditawarkan kepada keanggotaan. Projek-projek perumahan yang telah dilaksanakan adalah berikut:

Taman Cuepacs, Batu 7 Cheras (1979) : 694 unit perumahan

Taman Cuepacs Taman Cuepacs

Batu 12, Kajang (1988)
1,520 unit perumahan, 41 unit rumah kedai

Taman Koperasi CuepacsTaman Koperasi Cuepacs 

Labu, Seremban (1986) : 70 unit perumahan

Cuepacs LabuCuepacs Labu

Taman Jayamas, Seremban (1987) : 444 unit perumahan,
100 units rumah pangsa kos sederhana,
128 unit rumah pangsa kos rendah, 34 unit rumah kedai 3 tingkat

Taman JayamasTaman Jayamas

Segambut (1979) : 185 unit perumahan

Cuepacs SegambutCuepacs Segambut

Brickfields, Rumah Pangsa Cuepacs (1982) : 100 unit

Cuepacs BrickfieldsCuepacs Brickfields

Taman Koperasi Cuepacs Kajang, kedai dan rumah pangsa (2004) : 63 unit

Taman Koperasi Cuepacs Kajang Taman Koperasi Cuepacs Kajang

2. Pinjaman

Kemudahan pinjaman terbuka kepada semua anggota.

Pinjaman Terjamin - 4 kali nilai amaun deposit atau 6 bulan gaji bulanan anggota.

Pinjaman Berpenjamin – Sehingga maksima RM5,000.00.

Pinjaman Kredit – Sehingga 80% daripada jumlah kredit anggota dengan koperasi.

Pinjaman Kecemasan– Maksima adalah RM1000.00

3. Produk Q-Farm

Koperasi kini mengusahakan ladang pertanian di Taman Koperasi CUEPACS. Hasil utama ladang ini adalah Cendawan Tiram Kelabu. Cendawan Tiram Kelabu segar dibekalkan kepada pusat-pusat pengedaran untuk jualan kepada orang ramai. Disamping itu cendawan kering dan serbuk cendawan, dan produk sampingan disediakan dan dibekal berpandukan kepada pesanan. Salah satu produk sampingan adalah Muruku Cendawan dan Muruku Cendawan Pedas. Muruku yang merupakan makanan kegemaran pengguna hanya boleh diperolehi dari Q-Farm.

Q-Farm
Q-Farm Mushrooms

4.  TUCUM (Trade Union Cooperative Union Malaysia)

TUCUM ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persatuan Koperasi Malaysia pada tahun 1974 bersempena dengan sambutan Jubli Perak MTUC. Pemegang asal saham terdiri dari dua individu iaitu Sdr. P.P. Narayanan bekas Presiden MTUC dan Sdr. Kualarajah. Pengurus Besar, MCIS dan Presiden Persatuan Koperasi Malaysia (Coperative Union of Malaysia) ketika itu.

Koperasi CUEPACS telah mengambil alih syarikat ini pada tahun 1985 dan pada masa ini membantu koperasi dalam aktiviti berikut :

  • Insuran Am
  • Perdagangan
  • Penyelanggaraan harta benda

5. Skim Insuran Kesihatan dan Simpanan

Koperasi menawarkan Skim Insuran Kesihatan dan Simpanan yang baik kepada pekerja dengan bayaran premium yang rendah untuk kakitangan sektor awam. Skim Insuran Kesihatan dan Simpanan ini dikendalikan oleh Takaful Nasional yang kini dikenali sebagai Etiqa Takaful. Skim ini mempunyai plan perlindungan dan simpanan yang seimbang yang memberi perlindungan untuk 36 penyakit kritikal termasuk, kematian dan hilang upaya. Dengan skim ini Anggota-Anggota bukan sahaja menabung tetapi dilindungi 24 jam sehari di mana jua mereka berada.   Sebagai sebuah koperasi, kita merupakan sebuah organisasi korporat yang memberi hubungan berpanjangan samada seseorang itu masih dalam perkhidmatan atau pun telah bersara. Koperasi CUEPACS adalah sebuah korporat dengan jaminan sah sumber kewangan dan dalam kedudukan kukuh untuk menjalankan projek seperti ini. Berdasarkan kepada pertimbangan dan tanggungjawab ini, Koperasi CUEPACS telah mengambil bahagian didalam skim ini untuk memastikan perkhidmatan berpanjangan kepada kakitangan sektor awam.

Anggota-anggota sektor awam adalah digalakkan untuk menyertai skim ini dengan mengisi borang permohonan dan mengemukakannya bersama dengan slip gaji terakhir kepada pihak urusetia untuk tindakan susulan.

Muat turun Borang Permohonan

Mukasurat 1 , Mukasurat 2 , Mukasurat 3 , Mukasurat 4